LABUAN, 15 Ogos ― Walaupun dianggap antara kubu kuat Barisan Nasional (BN), Labuan tidak akan memandang ringan sentimen masyarakat itu sebaliknya berusaha ke arah mengukuhkan jentera parti komponen BN di wilayah itu.
Pengerusi BN Labuan, Datuk Yussof Mahal memberitahu Bernama hari ini, situasi politik di Sabah yang menyaksikan dua pemimpin BN, Datuk Lajim Ukin dan Datuk Wildfred Bumburing melepaskan jawatan mereka, adalah satu pengajaran kepada pemimpin politik Labuan.
“Kami sedang merangka strategi kempen politik dan rancangan untuk memastikan majoriti BN dalam pilihan raya lalu, tidak terjejas. Kami mahu memperoleh majoriti lebih besar untuk membuktikanya kepada rakyat jelata,” katanya di sini.
Labuan sedang mengalami peperangan bendera parti politik dengan sebahagian besar bandaraya ini dipenuhi bendera BN dan pakatan pembangkang yang tumbuh bagaikan cendawan.
Yussof berkata, peperangan bendera itu merupakan sebahagian daripada persiapan pilihan raya dan tambah beliau, "tiada seorang pun daripada kami dalam BN diberikan petunjuk setakat ini, bilakah pilihan raya akan diadakan. Hanya Perdana Menteri akan memutuskan (adakan pilihan raya) setelah beliau berfikir begitu,”.
Yussof yang juga Anggota Parlimen Labuan berkata, parti komponen BN kini bersiap-sedia sepenuhnya untuk menghadapi pilhan raya memandangkan kerjasama dalam parti kini kukuh. ― Bernama
Tidak ada komentar:
Posting Komentar