Sabtu, 01 Maret 2014

Pelakon Drama Sahara Mohon Maaf


Drama Sahara

Tiga hari lalu Mynewshub ada melaporkan yang sebuah drama terbitan Astro Prima dikatakan telah menghina perempuan yang berniqab atau berpurdah.
Ini kerana terdapat adegan di dalam drama tersebut di mana hero dan heroin yang berniqab berpegangan tangan sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penonton.
Melihat daripada kenyataan yang terdapat di dalam laman Facebook ‘Hentikan Drama Sahara’, pelakonnya Reen Rahim ada memohon maaf di atas segala kekeliruan yang timbul.
Menurutnya, ramai yang mengecam dirinya sejak adegan berkenaan berlaku.
Apa yang boleh dikatakannya, insiden memegang tangan dan berpeluk itu akan menjadi pengajaran buatna dan buat masa kini dia tidak dapat menjawab semua persoalan orang ramai.
Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian pada 1 Februari lalu, Pengurus Saluran Astro Prima Namanzee Harris, berkata pihaknya berterima kasih atas maklum balas yang diberikan oleh orang ramai.
“Kami amat berterima kasih atas maklum balas dan sedikit info, drama itu telah berakhi kelmarin.
“Astro Prima juga akan mempertimbangkan maklum balas yang diberi untuk penerbitan drama akan datang. Setakat ini, kami tidak ada perancangan untuk ulang tayang,” katanya.
Mengulas lanjut soal kontroversi drama itu, beliau berkata, berlaku salah faham apabila video promo drama itu telah dimuat naik ke YouTube tanpa pengetahuan pihaknya.
“Video promo itu tidak menggambarkan keseluruhan cerita… drama ini penuh dengan pengisian positif dan pengajaran nilai-nilai moral,” jelasnya.
Drama Sahara
sahara
Mungkin mereka terlepas pandang tentang sensitiviti umat Islam.
Diharapkan selepas ini pihak produksi termasuk pengarah, penerbit dan semua krew penerbitan akan lebih berhati-hati.
Sumber : MyNewsHub


Tidak ada komentar:

Posting Komentar