Jumat, 07 Maret 2014
Inilah Contoh Ah Beng Yang Tersangat Bodoh…

EKORAN tekanan yang diberikan pembangkang berkenaan tindakan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang konon-konon banyak melanggar beberapa kod etika ketika beroperasi, kini orang ramai mengambil kesempatan bertindak kurang hajar atas nama hak asasi demi mencari kesalahan anggota polis.
Satu video sedang menjadi perbualan hangat di Facebook melibatkan seorang pemandu berbangsa Cina yang ditahan oleh seorang anggota polis trafik selepas dia didapati memandu secara melulu.
Sebaik ditahan, si pemandu seorang lelaki mula berlagak seperti tidak bersalah cuba membuat provokasi terhadap anggota berkenaan untuk menjelaskan kesalahan yang dilakukannya.
Tindakannya itu mendapat kecaman hebat di Facebook oleh para pengunjung laman golongan belia Vyrec, selepas ia dimuat naik pada Isnin lepas.
Ia telah pun dikongsikan lebih 2,000 kali dan mendapat 2,906 Likes dan sebahagian besar bersetuju bahawa lelaki ini kurang hajar.
Arahan anggota berkenaan supaya si pemandu keluar dari keretanya juga didipatuhi sebaliknya, pemandu itu bersikap agak biadap dengan mempersoalkan tindakan anggota polis itu berulang kali.
Anggota polis trafik itu akhirnya menjelaskan lelaki itu yang didapati memandu secara melulu ‘berbahaya’ tetapi pemandu Cina itu seperti tidak faham apakah maksud ‘melulu’ lantas terus bertanya “Apa salah saya?”
Apabila anggota polis berkenaan mahu memeriksa boot belakang keretanya, barulah dia keluar dan bercakap dengan nada sedikit baik dengan anggota polis berkenaan.
Anggota trafik itu cuba melarang dari video kejadin dirakam rakannya tetapi dihalang oleh pemandu itu dengan berkata ia adalah rakaman demi bukti.
Kami tidak nampak ada apa-apa salah dari pihak anggota berkenaan. Nampaknya semua orang akan berlagak pandai dengan membabi buta menggunakan pendekatan “Apa hak saya? dan Apa kesalahan saya?” demi untuk melepaskan diri dari pemeriksaan polis.
Penulis tertarik dengan satu komen di laman Facebook atas akaun Tan Chee Keong yang turut menyifatkan pemandu itu bersifat kurang hajar.

Oleh : KUMBANG WIRA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar